Berita ini mungkin membuatkan anda tidak lagi mempunyai sebarang alasan untuk tidak mewujudkan perpustakaan. Muskaan Ahirwar, seorang pelajar berusia 9 tahun yang berasal dari Bhopal, India telah mengambil inisiatif mewujudkan perpustakaan di kawasan setinggan tempat tinggalnya.
Perpustakaan yang diberi nama Bal Pustakalaya dioperasikan oleh beliau selepas beliau pulang dari sekolah. Perpustakaan yang dibina di luar rumahnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak lain datang dan membaca. Malah beliau sendiri akan membaca buku dengan kuat untuk didengar oleh kanak-kanak yang datang.
Setakat ini, perpustakaan beliau mempunyai 119 buah buku dan diharap jumlah ini akan bertambah pada masa hadapan dan menarik minat ramai lagi kanak-kanak untuk datang.
***
Sumber: Buzzfeed