Memupuk minat membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masalah kurangnya minat membaca bukan sahaja berlaku di negara-negara membangun, malah turut berlaku di negara-negara maju.
Baru-baru ini, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa hasil kajian terhadap 1,050 responden di kalangan penduduk dan residen tetap di Singapura yang berumur lingkungan 15 tahun dan ke atas mendapati hanya 44 peratus menyatakan bahawa mereka membaca sekurang-kurangnya satu buku sastera dari bulan Mac 2014 hingga Mac 2015. Buku-buku sastera yang dimaksudkan meliputi buku fiksyen, puisi, drama, novel grafik dan sebagainya.
Ini jauh berbeza dengan kajian yang dijalankan di Britain di mana didapati 75 peratus penduduk Britain yang berumur 18 tahun ke atas menyatakan bahawa mereka membaca sekurang-kurangnya satu buku sastera dalam tempoh setahun.
***
Sumber: The Straits Times