Goodreads merupakan antara salah satu platform yang cukup popular di kalangan pembaca. Salah satunya adalah kerana lamannya yang sangat mesra pengguna dan juga ulasan-ulasan buku yang ditulis oleh para penggunanya yang sering menjadi rujukan para pembaca untuk memutuskan samada sesuatu buku memenuhi citarasa mereka.
Tetapi tahukah anda berapa banyak ulasan buku yang telah ditulis di goodreads?
Laman sesawang yang dimulakan oleh Otis Chandler II ini kini memiliki lebih 50 juta ulasan buku. Ia memang satu pencapaian yang menakjubkan bagi sebuah laman sesawang yang hanya dikunjungi oleh penggemar-penggemar buku.
Di bawah adalah infografik tentang beberapa lagi fakta tentang goodreads yang anda mungkin tidak tahu.
***
Sumber: goodreads