Satu perpustakaan yang mengandungi buku-buku tentang ahli sihir dan alam ghaib yang dikumpul oleh tokoh Nazi terkenal Heinrich Himmler telah ditemui di Republik Czech.
Himmler begitu obses dengan alam ghaib dan hal-hal mistik percaya bahawa buku-buku merupakan kunci kepada keagungan bangsa Aryan. Buku-buku yang merupakan sebahagian daripada koleksi 13,000 buku dijumpai di sebuah depoh yang tidak pernah dimasuki sejak tahun 1950an di Perpustakaan Kebangsaan Republik Czech.
Namun begitu, tidak diketahui samada orang awam boleh mengunjungi depoh ini untuk melihat buku-buku tersebut.
***
Sumber: Daily Mail