Naskah asli Folio Pertama Shakespeare ditemui lagi. Menurut Universiti Oxford, naskah asli Folio Pertama Shakespeare yang merupakan koleksi asli 36 drama pentas yang dipentaskan pada tahun 1632 telah ditemui di Pulau Bute di Scotland.
Emma Smith yang bertugas sebagai profesor dalam pengajian Shakespeare di Universiti Oxford mengesahkan naskah terbaru yang ditemui ini adalah naskah asli dan seterusnya menjadikannya antara buku paling bernilai di dunia.
Setakat ini, hanya terdapat 234 naskah asli Folio Pertama Shakespeare ini yang masih wujud.
***
Sumber: Japan Times