Populariti siri novel bukan terhenti setakat novelnya sahaja, malah apa sahaja yang berkaitan dengan penulisnya J.K. Rowling turut menjadi buruan peminat siri novel yang cukup terkenal ini.
Baru-baru ini, kerusi yang digunakan oleh J.K. Rowling telah berjaya dilelong dengan harga USD394,000 (kira-kira RM1.5 juta) yang dimenangi oleh seorang pembeli yang tidak ingin dikenali.
Kerusi ini pernah dilelong sebelum ini oleh J.K. Rowling sendiri untuk mengutip dana bagi sebuah pertubuhan amal. Ia berjaya dijual di e-bay dengan harga USD29,000.
***
Sumber: Time