Pelbagai acara diadakan
setiap tahun untuk memeriahkan industri buku namaun satu acara yang
mungkin anda tidak sedari adalah acara mereka buku yang boleh dimakan.
Setiap
tahun, WNY Book Arts Center akan menjemput seniman, penggemar buku dan
penggemar buku untuk mereka dan mempamer buku yang bertujuan untuk
dimakan. Setiap buku hendaklah direka dengan merujuk kepada sastera dan
buku. Ia akan dipamerkan, direkodkan dan kemudian dimakan. Pemenang akan
dipilih oleh hakim yang terdiri daripada selebriti, chef, seniman dan
pemenang akan menerima hadiah yang didermakan oleh syarikat-syarikat
tempatan.
Acara
yang diasaskan oleh Judith A. Hoffberg dan Béatrice Coron ini diadakan
setiap 1 April pada setiap tahun dan pertama kali dilangsungkan pada
tahun 2000.
***
Sumber: Art Voice