Sebuah kedai buku terbaru di London iaitu Libreria menguatkuasakan satu peraturan yang mungkin menimbulkan pelbagai reaksi. Libreria memutuskan untuk mengharamkan para pengunjungnya untuk menggunakan telefon bimbit dan juga komputer tablet di dalam kedai buku mereka dan menggelarkan kedai buku mereka sebagai "zon detox digital."
Larangan ini merupakan sebahagian usaha mereka dalam mewujudkan satu suasana di mana para pengunjung boleh menikmati pengalaman membaca buku-buku fizikal di samping mengembalikan semula seni berbual di antara manusia yang semakin hilang akibat penggunaan telefon bimbit.
Adakah anda rasa peraturan yang sama patut diwujudkan di kedai-kedai buku di Malaysia?
***
Sumber: Bookbub