Buku mewarna tidak lagi sinonim dengan kanak-kanak. Kini ia juga sesuai untuk remaja dan orang dewasa yanf perlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran ataupun sekadar untuk melampiaskan kreativiti.
Jika anda meminati fesyen pula, kini anda ada pilihan terbaru.
Vogue Colors A to Z adalah sebuah buku mewarna terbaru untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi 26 rekaan muka depan ikonik majalah Vogue dari tahun 1912 hingga 1932. Ia disunting oleh Editor Budaya Vogue iaitu Valerie Steiker. Selain daripada 26 rekaan ini, terdapat jumpa campuran lukisan-lukisan lain dan juga aksara fesyen yang diilhamkan dari era Jazz.
Buku yang direka oleh Alberto Orta dan mengandungi karya-karya yang dilukis oleh Helen Dryden dan André Marty sudah tentunya sesuai untuk mengalihkan perhatian anda dari kesibukan kehidupan seharian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Teen Vogue