Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa pelakon terkenal Emma Watsons yang popular menerusi siri filem Harry Potter telah memulakan sebuah kelab buku maya di Goodreads yang diberi nama Our Shared Shelf.
Setakat ini, Emma telah memilih beberapa buah buku setiap bulan untuk dibincangkan di kelab bukunya. Antara buku yang dipilih adalah My Life on the Road (Gloria Steinem), The Color Purple (Alice Walker) dan How to Be a Woman (Caitlin Moran).
Bagi bulan Mei pula, Emma telah memilih buku The Argonauts tulisan Maggie Nelson.
Melalui buku ini, Emma berharap ia dapat antara lainnya mengubah cara kita berfikir tentang identiti dan kebebasan diri kita dan juga orang lain.
Adakah anda rasa ia pilihan yang bagus?
***
Sumber: Goodreads