Harga buku yang mahal sering menjadi salah satu alasan untuk tidak membaca. Di Malaysia sahaja, purata sebuah buku dijual dengan harga 20 ringgit ke 30 ringgit.
Namun harga itu boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan harga buku di Uganda di mana ia mungkin bersamaan dengan gaji sebulan penduduknya
Sebagai contoh, Catherine Byaruhanga yang bertugas sebagai wartawan bagi BBC melaporkan buku Nothing Left To Steal yang ditulis oleh Mzilikazi wa Afrika dijual dengan harga 140,000 Ugandan shillings iaitu bersamaan dengan RM167.00 (buku ini kebiasaannya dijual dengan harga RM70.00 di negara lain). Jumlah ini bersamaan dengan kos perbelanjaan purata sebuah keluarga di Uganda selama seminggu.
Sebuah lagi buku iaitu buku tulisan Ahmed Sekou Toure dijual dengan harga yang sama dengan pendapatan purata pelayan setiap bulan iaitu RM240.00.
Adakah anda tahu di negara mana lagi buku dijual dengan mahal?
***
Sumber: BBC