Kebolehan membaca dengan pantas tanpa mengabaikan pemahaman terhadap teks yang dibaca memang menjadi idaman setiap orang sejak berkurun lamanya. Jika dilihat pada zaman sekarang juga, terdapat berpuluh aplikasi pada telefon pintar yang boleh dimuat turun bagi melatih diri kita untuk membaca lebih pantas. Walaubagaimanapun, kemampuan untuk meningkatkan kelajuan membaca ini mungkin hanya "dongeng" semata-mata.
Menurut satu artikel yang ditulis oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi, Universiti California; kita mungkin boleh membaca dengan laju (sebagai contoh: dari 250 ke 500-750 patah perkataan setiap minit) jika matlamat kita adalah untuk membaca dengan pantas tetapi tetapi kita kemungkinan besar tidak dapat memahami apa yang kita baca.
Cara terbaik untuk membolehkan kita membaca dengan laju adalah dengan memperbanyakkan bahan bacaan kita supaya kita mendapat lebih banyak maklumat dan menambah pemahaman kita terhadap sesuatu subjek. Dengan cara itu, kita lebih mudah memahami apa yang kita baca.
***
Sumber: Sage Journals