Televisyen selalu menjadi "punca" yang menyebabkan ramai orang mengabaikan buku tetapi ia mungkin berubah. Amazon Fire 4K TV kini mempunyai fungsi baru iaitu kebolehan untuk membaca buku-buku Kindle anda. Fungsi terbaru yang diberi nama Kindle Books by Alexa membolehkan suara robot Alexa membaca mana-mana e-buku yang terdapat dalam koleksi e-buku Kindle anda. Anda boleh menggunakan suara anda untuk memberi arahan kepada Alexa membaca buku yang anda mahu.
Walaupun ia mungkin berbeza dengan buku audio biasa, fungsi terbaru ini mungkin mampu memberikan pengalaman baru kepada para pembaca. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Good Reader