Walaupun pepatah "jangan nilai buku berdasarkan kulitnya" biasa kita dengar, tetapi kita boleh menafikan ramai pembaca mengambilkira faktor rekaan kulit buku sebagai salah satu faktor dalam membeli sesebuah buku. Justeru itu, pilihan warna yang digunakan dalam mereka kulit sesebuah buku kini menjadi salah satu faktor dalam mereka kulit buku.
Menurut Peter Hildick-Smith yang bertugas sebagai presiden Codex-Group LLC, warna kuning terang kini menjadi pilihan ramai pereka kulit buku. Ini juga disokong oleh pereka kulit buku terkenal Peter Mendelsund yang turut menggunakan warna kuning untuk rekaan kulit novel tulisan Stieg Larsson yang cukup popular iaitu The Girl with the Dragon Tattoo. Buku A Brief History of Seven Killings tulisan penerima Hadiah Man Booker 2015, Marlon James juga turut menggunakan warna kuning. Begitu juga buku Charles Duhigg berjudul The Power of Habit yang menjadi antara salah satu buku paling popular pada tahun 2012.
***
Sumber: Wall Street Journal