Salah satu cabang sastera adalah puisi. Di Malaysia sendiri, boleh dikatakan puisi adalah salah satu cabang sastera yang begitu diminati dan boleh dikatakan setiap bulan pasti ada acara puisi yang diadakan. Namun begitu, ia mungkin tidak boleh menandingi beberapa bandar lain di dunia yang begitu aktif dalam melahirkan pemuisi dan juga mengadakan acara-acara puisi.
Satu infografik yang dikeluarkan oleh My Poetic Side menunjukkan bahawa kota London adalah antara kota yang paling banyak melahirkan pemuisi dan mengadakan acara-acara puisi. Melalui data yang diperolehi, London melahirkan 11 orang pemuisi yang cukup terkenal seperti John Keats, Geoffrey Chaucer dan ramai lagi. Kota London juga mengadakan sebanyak 1419 acara puisi.
Berikut adalah infografik lengkap yang dikeluarkan oleh My Poetic Side.

***
Sumber: My Poetic Side