Para peminat Neil Gaiman sudah pastinya tidak sabar menanti kemunculan filem dokumentari terbaru Neil Gaiman yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Vimeo lebih kurang lima minggu lagi. Untuk menambah keterujaan peminat Gaiman lagi, trailer filem ini telah ditayangkan.
Filem dokumentari yang diberi judul Neil Gaiman: Dream Dangerously mengisahkan tentang kehidupan Gaiman sejak kecil hingga beliau menjadi terkenal. Filem ini turut menampilkan penampilan istimewa dari rakan-rakan dan peminat Gaiman seperti erry Pratchett, Bill Hader, Michael Sheen, Lenny Henry, Wil Wheaton, Stoya, JH Williams III, Lev Grossman, Brea Grant, Merrilee Heifetz, Charles Brownstein, Sam Kieth, Jill Thompson, Colleen Doran dan ramai lagi.
Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini secara eksklusif di Vimeo yang dijadualkan akan ditayangkan pada 8 Julai ini.
***
Sumber: Bustle