Sempena bulan ramadhan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia, sudah tentunya banyak perkara yang dilakukan untuk menambah keberkatan bulan yang cukup mulia kepada umat Islam ini. Antara perkara yang biasa dilakukan adalah dengan menderma makanan atau wang kepada golongan fakir.
Namun perkara yang sedikit berbeza dilakukan oleh perdana menteri Emeriyah Arab Bersatu, Shaikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dimana beliau telah melancarkan kempen untuk membekalkan 5 juta buku untuk kanak-kanak di kem pelarian dan di sekolah-sekolah miskin di seluruh dunia.
Di samping membekalkan buku, kempen ini juga mahu mewujudkan 2,000 perpustakaan di sekolah seluruh dunia dengan membekalkan 2 juta buku. Kempen ini juga memberi peluang kepada orang awam untuk menderma dengan menelefon talian yang diwujudkan dimana jumlah derma boleh dibuat mengikut kadar yang telah dinyatakan.
***
Sumber: Khaleej Times