Jika anda berkunjung ke Singapura, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku dari mesin buku layan diri ini. Setakat ini, dua buah mesin buku telah dipasang iaitu di National Museum of Singapore (NMS) di Singapore Visitor Centre di sepanjang Orchard Road.
Mesin buku layan diri ini dipasang oleh kedai buku yang cukup popular di Singapura iaitu BooksActually. Setiap mesin memuatkan 120 hingga 150 buah buku dari penerbit buku di Singapura.
***
Sumber: Channel News Asia