Nampaknya demam novel terbaru Harry Potter yang diberi judul “Harry Potter and the Cursed Child Parts I & II” yang bakal diterbitkan tidak lama lagi semakin menjadi-jadi. Terbaru, Scholastic merancang untuk mencetak 4.5 juta cetakan pertama novel ini dan akan mula dijual tepat pada jam 12:01 pagi pada 31 Julai ini.
Novel ini berdasarkan drama pentas yang akan mula dipersembahkan di London pada 30 Julai ini. Novel ini diterbitkan tujuh tahun selepas J.K. Rowling menerbitkan siri ketujuh dan terakhir siri novel Harry Potter.
***
Sumber: New York Post