Anda membaca komik di Play Store? Jika tidak, mungkin anda patut mulakannya. Google baru sahaja mengumumkan salah satu fitur terbarunya di San Diego Comic-Con 2016 yang boleh mengubah pengalaman membaca komik anda. Fitur terbaru yang diberi nama Google Zoom ini membuatkan buih dialognya melompat dari satu mukasurat ke mukasurat lain.
Setakat ini, ia menyokong komik yang diterbitkan oleh Marvel dan DC dan mungkin akan diperluaskan ke komik-komik yang lain pada masa hadapan.
***