Satu syarikat penjualan barang atas talian kini merancang untuk menyaingi Amazon dengan menawarkan khidmat penghantaran buku dalam tempoh kurang satu jam. NearSt menawarkan khidmat tersebut boleh mengunjungi lawan sesawang NearSt dan melihat samada buku yang mereka inginkan berada berhampiran kawasan mereka. Selepas melakukan pembelian, ia akan dihantar dalam tempoh kurang satu jam. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama penjual-penjual buku lain di mana mereka hanya perlu memberikan komisyen sebanyak enam peratus dari harga buku yang mereka jual.
Setakat ini, khidmat penghantaran buku mereka hanya ditawarkan di London tetapi rancangan telah dibuat untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini.
***
Sumber: iNews