Pada zaman moden ini, perpustakaan awam bukanlah tempat yang menjadi tumpuan ramai orang. Namun ada satu negara yang masih tetap mengekalkan budaya berkunjung ke perpustakaan awam iaitu Republik Czech. Bagaimana mereka melakukannya? Selama berdekad lamanya, wujud satu undang-undang di negara ini yang menwajibkan setiap komuniti masyarakat samada di bandar besar atau kampung-kampung kecil untuk mempunyai sebuah perpustakaan awam.
Undang-undang ini telah wujud sejak tahun 1919 iaitu tahun di mana negara ini mencapai kemerdekaannya dan undang-undang terus kekal sehingga ke hari ini. Pada ketika ini, dianggarkan terdapat lebih lima ribu perpustakaan yang wujud di Republik Czech.
Mungkinkah undang-undang sebegini boleh digunapakai di negara kita?
***
Sumber: New York Times