Anda mungkin tidak mahu mengakuinya tetapi sudah pasti anda pernah meletakkan buku di rak yang salah semasa di perpustakaan dan sudah tentunya ia mendatangkan kesukaran kepada para pembaca dan juga pustakawan perpustakaan sendiri untuk mencari semula buku tersebut.
Kini ia mungkin bukan satu masalah lagi. Satu robot yang dikenali dengan nama AuRoSS telah dihasilkan di mana robot ini mampu mengesan buku-buku yang diletakkan di rak yang salah. Para pustakawan hanya perlu meletakkan tag khas di buku mereka dan robot ini akan secara automatik mengesan buku tersebut.
Sudah pastinya robot ini akan banyak membantu para pustakawan di masa hadapan.
***
Sumber: Popular Science