Anda sudah tentunya tidak mahu membayar lebih untuk bagasi ketika menaiki kapal terbang. Akibatnya anda terpaksa meninggalkan pelbagai barang untuk mengurangkan berat bagasi anda. Bagaimana jika barang tersebut adalah buku yang anda benar-benar ingin baca semasa di dalam kapal terbang?
Atas sebab itu, Vorsicht! Buch (inisiatif pemasaran penggiat buku di Jerman) telah mendapat satu idea: Kempen Buch an Bord. Dengan kerjasama Condor Airlines, berat buku yang anda bawa tidak akan dikira jika terdapat pelekat kempen ini pada buku tersebut. Sebanyak 5,000 kedai buku di Jerman telah bekerjasama untuk menjayakan kempen ini.
***
Sumber: Electric Literature