Mengikut satu kajian terbaru, anda boleh memanjangkan umur anda lagi dengan membaca.
Pengkaji telah menggunakan data yang dikumpul dari 3,635 orang yang dibahagikan kepada tiga kumpulan: mereka yang tidak membaca, mereka yang membaca dua hingga tiga jam seminggu dan mereka yang membaca lebih dari tiga jam setengah seminggu.
Berbanding dengan mereka yang tidak membaca, mereka yang membaca lebih dari tiga jam setengah seminggu mempunyai keberangkalian lebih rendah untuk mati pada 12 tahun berikutnya dan mereka yang membaca lebih dari itu mempunyai keberangkalian untuk hidup 23 peratus lebih lama.
***
Sumber: New York Times