Sudah tentunya anda semua mahu habis membaca buku dengan cepat tetapi anda mungkin terpaksa meluangkan beberapa hari untuk membaca buku ini walaupun ia hanya mempunyai lima mukasurat.
Buku yang dimaksudkan adalah buku mekanikal Codex Silenda rekaan Brady Whitney. Buku yang dibuat daripada kayu yang dipotong menggunakan laser ini mengandungi teka-teki rumit yang perlu anda selesaikan sebelum anda boleh beralih ke mukasurat seterusnya.
Brady Whitney kini sedang mengumpul dana melalui Kickstarter untuk menghasilkan buku ini secara besar-besaran.
***
Sumber: Gizmodo