Salah satu perkara yang sering didebatkan tentang karya fiksyen adalah tentang perbezaan di antara fiksyen sastera dan fiksyen komersial atau fiksyen bergenre. Adakah "fiksyen sastera" memang betul-betul berbeza? Adakah fiksyen bergenre hanyalah untuk mengaut keuntungan?
Menambah "garam" kepada perdebatan ini adalah hasil kajian terbaru yang mendapati pembaca fiksyen sastera mempunyai pemahaman yang lebih tentang emosi orang lain. Kajian yang diterbitkan di dalam Psychology of Aesthetics, Creativity and the Arts ini dibuat terhadap 2000 responden dengan cara "melihat apa yang mereka fikirkan melalui mata mereka" ketika mereka melihat foto-foto pelakon yang memberikan emosi yang pelbagai. Para responden juga diminta untuk mengenalpasti penulis yang mereka kenal melalui satu senarai yang mempunyai nama-nama penulis sastera seperti Kazuo Ishiguro, Salman Rushdie dan juga nama-nama penulis karya fiksyen komersia seperti Tom Clancy dan Stephen King.
Keputusannya begitu jelas: mereka yang terdedah kepada fiksyen sastera memberikan keputusan yang lebih positif dari aspek teori minda mereka. Ia juga menunjukkan bahawa pembaca fiksyen sastera lebih menumpukan kepada karekter berbanding plot.
***
Sumber: Electric Literature