Pelbagai cara dilakukan untuk memupuk minat membaca. Salah satu usaha terbaru adalah di Melbourne di mana Ali Berg bertindak sebagai "ninja buku" dengan meninggalkan buku secara percuma di dalam keretapi dan bas dalam usahanya untuk menarik orang lain membaca ketika mereka menggunakan pengangkutan awam.
Inisiatif yang diberi nama Books On The Rail mendapat ilham daripada projek Books On The Underground dan inisiatif ini dimulakan sejak bulan April lepas. Usahanya ini turut menarik minat penerbit-penerbit buku tempatan di mana ketika terdapat lebih 300 buah buku "ditinggalkan" di dalam keretapi dan bas dan ditampal dengan pelekat yang memberi arahan supaya para penumpang membacanya dan memulangkannya kembali.
Menurut Ali Berg juga, beliau telah menerima lebih 100 permohonan untuk menyertainya menjadi ninja buku.
***
Sumber: Sydney Morning Herald