Salah satu benda yang sering mencacatkan keseronokan membaca sesebuah buku adalah apabila terdapatnya kesalahan ejaan ataupun "typo". Namun anda mungkin tidak menyedari typo yang terdapat pada sesebuah buku mungkin mempunyai kesan terhadap harganya. Buktinya adalah edisi pertama novel Harry Potter and the Philosopher's Stone.
Penerbit buku ini iaitu Bloomsbury telah mencetak 500 salinan novel ini yang mengandungi typo dan salinan ini merupakan salinan yang paling dicari oleh pengumpul buku langka.
Satu salinan novel yang mengandungi typo ini dkatakan mencecah lebih RM100,000.00 dan ia turut dilaporkan salah satu salinan buku ini juga akan mencecah harga RM150,000.00.
***
Sumber: Bustle