Le Recueil des Histoires De Troye, hasil karya Raoul Lefevre pada tahun 1464, mengisahkan sejarah kesatriaan peperangan di kota Troy. Pahlawan Greek, Hercules dan Jason digambarkan semula sebagai pahlawan yang ideal dan pengasas dinasti Burgundian.
Ia diterjemahkan oleh William Caxton ke dalam bahasa inggeris sejurus selepas ianya ditulis dan menjadi popular dengan menggunakan tajuk baru, The Recuyell of the Histories of Troye. Tetapi kebelakangan ini, ia lebih dikenali dalam tradisi kesusasteraan sebagai buku pertama yang dicetak dalam bahasa Inggeris, dan ia baru sahaja dijual dengan harga lebih satu juta dolar.
Ahli sejarah mempunyai pendapat berbeza tentang tarikh sebenar buku ini dicetak namun kebanyakannya menganggarkan ianya dicetak diantara tahun 1473 dan 1475 di sebuah bengkel di Bruges.
***
Sumber berita: BBC