Menaiki pengangkutan awam selalunya cara yang sesuai untuk mendapatkan masa untuk membaca dalam perjalanan ke tempat kerja atau destinasi lain. Atas sebab itu, satu inisiatif yang dikenali dengan nama Subway Reads telah dimulakan di New York yang memberi peluang kepada para pengguna keretapi subway untuk memuat turun e-buku percuma.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Penguin Random House ini adalah usahasama mereka dengan Metropolitan Transit Authority yang menawarkan khidmat wifi di dalam keretapi subway di New York.
Melalui inisiatif Subway Reads ini, para pengguna keretapi subway boleh memuat turun e-buku di pelantar keretapi dan para pengguna keretapi boleh memilih buku berdasarkan tempoh masa perjalanan mereka. Antara bahan bacaan yang ditawarkan adalah cerita pendek, novella dan juga novel penuh. Para pengguna ekretapi boleh memuat turun cerita pendek dari penulis seperti Edgar Allen Poe atau novel klasik seperti Breakfast at Tiffany's.
***
Sumber: Bustle