
Antara masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah perpustakaan adalah buku-buku yang gagal dipulangkan selepas dipinjam. Antara langkah biasa yang diambil oleh sesebuah perpustakaan adalah mengenakan denda dalam bentuk wang ringgit jika sesebuah buku lewat dipulangkan. Namun begitu, sebuah perpustakaan di Alabama, Amerika Syarikat mengambil langkah lebih drastik.
Dengan menggunakan ordinan undang-undang tempatan, seseorang mungkin boleh dikenakan hukuman penjara jika gagal memulangkan buku kata Paula Laurita yang bertugas sebagai pengarah Athens-Limestone Public Library.
Menurut Laurita, perpustakaannya kini sedang cuba mendapatkan semula buku-buku yang tidak dipulangkan yang mana nilainya mencecah lebih kurang 200,000 Dollar. Walaubagaimanapun, para peminjam akan diberikan peringatan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil dan mereka memberi peluang selama sepuluh hari untuk memulangkan buku atau membayar tunggakan denda sebelum tindakan seterusnya diambil.
Harapnya tiada siapa akan dipenjara.
***
Sumber: Independent