Jika anda peminat filem-filem Wes Anderson, satu perkara yang sudah pastinya anda akan perasan adalah peranan "buku" dalam plot filem arahannya. Atas sebab ini juga, ia telah menjadi sumber ilham kepada LuÃs Azevedo iaitu pengasas The A to Z Review untuk menghasilkan esei video berjudul “Bibliophilia – Books in the Films of Wes Anderson”.
Menurut Azevedo, buku dan seni mempunyai hubungan yang kuat dengan memori di dalam filem-filem Wes Anderson. Sebagai contoh, filem The Grand Budapest Hotel (2014) bermula dan berakhir dengan buku.
Menurut Azevedo lagi, filem-filem Anderson mempunyai satu mesej khusus : buku menjaga cerita kerana ia wujud di dalamnya dan terus hidup menerusinya.
Anda boleh tonton esei video Azevedo di bawah.
***
Sumber: Open Culture