Projek-projek yang menggunakan dana awam melalui platform Kickstarter memang cukup popular. Salah satu projek terbaru Kickstarter yang mungkin menarik minat penggemar buku adalah projek menghasilkan buku kalis air. Projek ini diilhamkan oleh pasangan Wing Weng dan Jasper Jansen yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda.
Buat masa ini, mereka sudahpun menghasilkan empat buah buku iaitu cerpen terpilih Mark Twain, puisi terpilih W. B. Yeats, Macbeth karya Shakespeare dan edisi istimewa The Art of War. Kempen yang baru dimulakan ini bermatlamat untuk mengumpul dana sebanyak RM40,000 dan para pembaca bakal dapat memiliki koleksi-koleksi buku ini pada harga diskaun.
***
Sumber: Kickstarter