Jika anda peminat sastera antarabangsa, Hunter S. Thompson mungkin bukan satu nama asing bagi anda. Di samping terkenal sebagai seorang penulis yang hebat, beliau juga cukup terkenal sebagai pelopor jurnalisme gonzo iaitu kaedah jurnalisme di mana si jurnalis terlibat dengan aktif dalam kisah yang ditulisnya sehinggakan beliau menjadi watak utama di dalam kisah tersebut. Jadi bagaimanakah mahu menjadi seorang manusia yang hebat seperti Thompson? Mungkin langkah pertama adalah membaca buku yang dicadangkan oleh Thompson sendiri.
Berikut adalah beberapa buku yang dicadangkan oleh Thompson dalam satu surat yang ditulis oleh beliau kepada sahabatnya pada tahun 1962.
Down and Out in Paris and London tulisan George Orwell
The Fountainhead tulisan Ayn Rand
The Great Gatsby tulisan F. Scott Fitzgerald
The Kandy-Kolored Tangerine-Flake Streamline Baby tulisan Tom Wolfe
Lie Down in Darkness tulisan William Styron
The Outsider tulisan Colin Wilson
Singular Man tulisan J. P. Donleavy
The World of Sex tulisan Henry Miller
***
Sumber: Electric Literature