Kita sudah biasa mendengar tentang pembaca yang gemarkan aroma buku tetapi Tanwi Nandini mempunyai pandangan lain tentang aroma buku.
Tanwi Nandini Islam, penulis dan pengasas Hi Wildflower Botanica telah memperkenalkan #GetLit: lilin beraroma terbaru yang diilhamkan daripada penulis-penulis kegemaran beliau.
Menurut Tanwi, idea untuk menghasilkan lilin ini bermula apabila beliau membaca novel-novel kegemaran beliau dan mahukan pengalaman yang lebih iaitu bukan sekadar melihat dan merasa malah turut "menghidu" aroma cerita di dalam novel-novel kegemarannya.
Setakat ini, lilin beraroma yang telah dihasilkan oleh Tanwi banyak diilhamkan oleh novel-novel kontemporari kegemarannya seperti novel The Last Illusion tulisan Porochista Khakpour dan The Sleepwalker’s Guide to Dancing tulisan Mira Jacob.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Electric Literature