Pada bulan November nanti iaitu lebih kurang satu bulan lagi, bermulalah acara tahunan NaNoWriMo di mana setiap orang boleh mencabar diri mereka untuk menulis sebuah novel sepanjang 50,000 patah perkataan dalam masa sebulan. Ia mungkin kedengaran mudah tetapi ramai juga yang menyerah kalah di pertengahan jalan walaupun telah mencuba bertahun-tahun.
Justeru itu, berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda untuk mencapai matlamat menulis sebuah novel dalam masa sebulan.
Mula menulis di dalam jurnal
Salah satu tabiat yang patut dimulakan adalah dengan menulis di dalam jurnal setiap hari. Apa yang anda tulis bukanlah menjadi satu perkara yang perlu dititiberatkan. Yang penting adalah anda perlu pastikan anda menulis di dalam jurnal anda setiap hari tanpa gagal.
Bereksperimen dengan idea
Selepas anda berjaya melatih diri anda menulis setiap hari, maka anda boleh mula menulis idea-idea tentang novel yang anda bakal hasilkan. Sudah tentunya anda sudah ada idea kasar di dalam fikiran anda tentang novel yang anda bakal tulis. Jika anda belum ada idea tentang novel apa yang anda bakal tulis, maka jangan berhenti untuk terus mencari idea tersebut.
Berikan komitmen
Masuk bulan Oktober, anda sepatutnya sudah ada idea tentang novel yang anda bakal tulis dan anda akan memberi sepenuh komitmen terhadapnya. Idea asas tentang NaNoWriMo bukanlah untuk menulis lebih awal, sebaliknya untuk menulis dalam tempoh tiga puluh hari. Jika anda sudah ada idea dan konsep tentang novel anda, sudah tentu ia akan memudahkan anda menulis.
Kenali karekter dan dunia karekter di dalam novel anda
Siapakah karekter utama novel anda? Berapakah umurnya? Adakah dia memiliki apa-apa tanda lahir? Apakah makanan kegemarannya?
Terdapat begitu banyak soalan tentang karekter anda dan anda sudah tentu mahu mengetahui segal perihal tentang karekter anda sebelum anda mula menulis. Anda juga sudah tentu mahu tahu sepenuhnya tentang dunia yang didiami karekter anda. Adakah karekter anda hidup dalam dunia seperti anda atau adakah karekter anda hidup dalam dunia fantasi?
Tetapi anda tidak perlu bimbang mengenainya kerana anda masih dalam proses mempelajarinya dan ada antaranya yang anda hanya akan tahu apabila anda mula menulis.
Sediakan jalan cerita kasar
Jika anda seorang yang sentiasa menyediakan jadual harian anda, memiliki jalan cerita kasar novel anda pasti sangat membantu. Catatkan apa yang akan berlaku dari awal hingga akhir tetapi anda tidak semestinya terikat dengan catatan anda ini kerana ianya hanyalah jalan cerita kasar dan anda boleh mengubahnya mengikut keperluan jalan cerita anda.
***
Sumber: Bustle