Pernahkah anda terfikir tentang berapa banyak pokok yang terpaksa dikorbankan untuk menghasilkan sebuah buku? Editor syarikat penerbitan buku kanak-kanak Pequeño di Argentina sudah tentu pernah memikirnya. Atas sebab itu mereka telah menghasilkan sebuah buku yang boleh ditanam dan tumbuh semula sebagai pokok.
Buku ini dihasilkan menggunakan kertas bebas asid dan menggunakan dakwat terbiogradasi yang dicampur dengan benih pokok.
Benih yang digunakan adalah benih pokok bunga jambul merak yang mudah dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai projek buku melalui klip video di bawah.
***