Pernahkah anda membayangkan apa yang akan berlaku jika dunia diperintah oleh penggemar buku? Berikut adalah beberapa jawapan yang diberikan hasil soalan yang diajukan oleh Goodreads.
- Setiap hari hujan akan diisytiharkan sebagai Hari Duduk Di Rumah dan Membaca
- Masa akan diukur berdasarkan bab buku dan bukannya minit. Contoh: 'Saya akan sampai selepas saya menghabiskan secawan kopi dan dua bab novel"
- Perpustakaan akan terdapat di mana-mana sahaja. Dalam kedai kopi, dalam tandas dan sebagainya.
- Setiap orang akan mendapat versi e-buku untuk setiap buku fizikal yang dibeli.
- Program realiti di televisyen akan digantikan dengan program bercerita.
- Tidak akan ada peperangan kerana semua orang sibuk membaca.
- Perpustakaan akan dibuka dua puluh empat jam sehari.
- Membaca akan menjadi pekerjaan yang mempunyai gaji.
- 'Tidur lewat kerana membaca' akan menjadi alasan biasa apabila seseorang lewat datang ke pejabat atau kelas.
***
Sumber: Goodreads