Talifon pintar seperti iPhone, Samsung dan sebagainya memang sarat dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun. Sudah tentunya aplikasi yang ada juga boleh dimanafaatkan oleh seorang penulis atau juga jika anda jika anda bercita-cita mahu menulis.
Berikut adalah beberapa contoh aplikasi tersebut.
MindNode
Sistem: iOS
Fungsi: Aplikasi ini membantu anda menzahirkan peta minda di dalam fikiran anda. Ia bukan sahaja sesuai jika anda sedang merancang plot novel yang anda bakal tulis, malah untuk perkara-perkara lain juga.
Story Tracker
Sistem: iOS
Fungsi: Aplikasi ini membolehkan anda memantau apa saja yang anda tulis samada cerita, novel, puisi dan sebagainya. Anda boleh mengetahui bilakah anda menulis cerita anda, untuk siapa dan sebagainya.
The Brainstormer
Sistem: iOS
Fungsi: Dengan menggunakan aplikasi ini, anda mungkin boleh menghilangkan kebuntuan apabila kehilangan idea untuk menulis.
Pomodoro Timer
Sistem: iOS dan Android
Fungsi: Aplikasi ini sangat efektif dalam membantu anda merancang masa yang sudah tentunya sangat penting apabila anda mahu mula menulis.
Goodreader
Sistem: iOS
Fungsi: Aplikasi ini membantu anda untuk menyunting tulisan anda. Apa yang anda perlu buat hanyalah menyimpan fail tulisan anda dalam bentuk PDF.
***
Sumber: Bustle