Menterjemah buku bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Si penterjemah bukan sahaja memerlukan pengetahuan yang luas dalam bahasa yang ingin diterjemah dan bahasa yang digunakan untuk menterjemah, malah perlu juga memahami konteks perkataan atau ayat yang ingin diterjemah. Namun begitu, ia tidak menghalang sesebuah buku untuk diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Sebagai bukti, satu infografik yang dihasilkan oleh 7 Brands menunjukkan bahawa terdapat banyak buku yang telahpun diterjemah ke dalam berpuluh malah beratus bahasa.
Sebagai contoh, novel Le Petit Prince tulisan Antoine de Saint-Exupéry yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis telahpun diterjemah sebanyak 253 kali. Novel Pinnochio pula yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Itali telah diterjemah sebanyak 240 kali.
Untuk melihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: 7Brands