Berikut adalah beberapa contoh kedai buku tersebut.
WAANDERS IN DE BROEREN (BELANDA)
Kedai buku ini terletak di sebuah gereja lama dari kurun ke 15 yang telah diubahsuai. Kedai buku ini masih lagi mengekalkan banyak ciri-ciri asal bangunan gereja ini.
LA CAVERNE AUX LIVRES (PERANCIS)
Kedai buku pada asalnya adalah sebuah stesyen keretapi di Auvers-Sur-Oise dan memiliki pelbagai koleksi buku dari beratus-ratus genre.
FAULKNER HOUSE (AMERIKA)
Jelas pada namanya, kedai buku ini pada asalnya adalah sebuah pangsapuri yang pernah didiami oleh William Faulkner. Walaupun dia hanya tinggal selama enam bulan di pangsapuri ini, pemilik asalnya masih mahu mengekalkan sejarahnya dan menukarkan pangsapurinya menjadi sebuah kedai buku.
THE SPOTTY DOG BOOKS & ALE (AMERIKA)
Kedai buku ini pada asalnya adalah sebuah balai bomba. Selain buku, tarikan lain kedai buku ini adalah koleksi minuman birnya yang diperolehi dari kilang pengeluar bir di sekitarnya.
LIBRERIA ALTA ACQUA (ITALI)
Kedai buku ini cukup terkenal kerana cara ia menyimpan bukunya. Para pengunjung boleh menemui buku yang diletakkan di dalam gondola, tab mandi dan rak-rak yang pelik.
***
Sumber: Mental Floss