Memiliki buku yang banyak memang mengujakan tetapi pada masa yang sama ia juga boleh memeningkan kepala. Tambah lagi bila anda tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk buku-buku tersebut ataupun atau memerlukan ruang untuk meletakkan benda lain selain daripada buku. Salah satu penyelesaiannya sudah tentu dengan cara "melupuskan" buku dari rak buku anda. Tetapi bagaimanakah cara atau kriteria yang diperlukan untuk memilih buku mana yang patut disimpan dan sebaliknya?
Erik Knutzen telah tampil dengan kaedah untuk membersihkan rak buku anda. Kriteria yang digunakan oleh Knutzen adalah seperti berikut
Buku yang patut dilupuskan
- Buku yang telah dibaca dan dihadam teksnya
- Perpustakaan terdekat dengan anda mempunyai salinan buku tersebut
- Buku tersebut tidak mendatangkan sebarang rasa teruja dan seronok
- Anda tidak merasakan anda akan membaca buku tersebut
- Minat anda telah berubah
- Anda telah membaca separuh buku tersebut dan merasakan anda tidak akan membacanya lagi
Buku yang patut disimpan
- Buku yang selalu menjadi rujukan kepada anda
- Ia membuatkan anda rasa gembira dan seronik
- Ia kelihatan menarik sebagai satu objek
- Anda memang benar-benar bercadang untuk membacanya
- Anda mahu membacanya semula
Adakah anda ada kriteria lain yang anda rasa boleh digunakan untuk menentukan buku yang patut disimpan dan yang patut dilupuskan?
***
Sumber: Root Simple