Sebagai seorang pembaca, memiliki buku yang banyak merupakan satu impian utama. Tetapi memiliki buku yang terlampau banyak boleh juga mendatangkan masalah terutamanya apabila anda tidak memiliki ruang yang cukup untuk menyimpan buku-buku anda. Jadi apakah kriteria-kriteria yang perlu diambil kira apabila anda berhasrat untuk melupuskan buku anda?
Berikut adalah beberapa cadangan kriteria yang mungkin anda boleh ambilkira.
Adakah anda akan membacanya?
Jika buku tersebut anda telah bertahun lamanya tanpa disentuh langsung, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
Adakah anda akan membacanya semula?
Ada banyak buku kesukaan yang hanya dibaca sekali sahaja dan ada yang dibaca berulang kali. Jika anda merasakan anda tidak akan membacanya lagi, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
Adakah anda menyukainya?
Jika anda tidak rasa teruja atau gembira membaca sesebuah buku, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
Adakah ia dalam keadaan baik?
Anda mungkin amat menyayangi buku anda tetapi jika keadaannya sudah terlalu teruk dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi, maka adalah lebih baik anda melupuskannya dan mendapatkan naskah yang baru.
Adakah ia mempunyai nilai sentimental?
Ada buku yang anda simpan begitu lama kerana ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Tetapi jika ia hanya duduk tersimpan di rak buku anda tanpa memiliki apa-apa nilai kepada anda, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
Adakah ia ditandatangani oleh si penulis buku?
Sesebuah buku mungkin amat bernilai apabila ia ditandatangani oleh si penulis tetapi apa yang lebih penting adalah samada anda akan membacanya lagi atau tidak.
Adakah anda berusaha untuk membacanya?
Anda kadang-kadang memiliki terlalu banyak buku yang masih belum dibaca. Jika anda tidak pernah berusaha langsung untuk cuba membacanya, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
Adakah anda perlukannya?
Jika anda merasakan anda tidak perlukan lagi sesebuah buku, maka adalah lebih baik anda melupuskannya.
***
Sumber: Bookish