Novelis terkenal Haruki Murakami adalah pakar tentang hal-hal surreal dan sedih. Jadi sudah tentunya beliau orang yang amat sesuai untuk memulakan kolum nasihat atas talian. Pada bulan Januari lepas, Murakami mula menjawab soalan-soalan yang diterima daripada pembacanya. Kolum Murakami dikendalikan dalam bahasa Jepun tetapi telahpun diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan diterjemahkan kembali secara ringkas ke bahasa Melayu di sini. Berikut adalah antara respon beliau.
1. Selamat berkenalan, Haruki Murakami. Saya ada satu masalah. Ada seorang rakan sekerja saya yang membuatkan saya rasa tertekan kerana dia tidak melayan saya seperti seorang manusia. Ia sangat menjengkelkan saya sehinggakan pada hari saya bercuti pun saya masih terbayang-bayangkan tentang dia. Jika kamu menulis sebuah cerita yang mempunyai karekter seperti orang ini, apakah hidup yang dia akan miliki?
- Tanpa nama, perempuan, 35 tahun
Saya memiliki pengalaman yang sama seperti kamu. Ia memang membebankan untuk bekerja dengan orang seperti itu. Memang sangat menjengkelkan apabila terpaksa bangun setiap pagi dengan orang itu ada dalam fikiran. Kamu putus asa dengan kemanusiaan. Saya faham keadaan kamu. Orang seperti itu tidak susah dijumpai dan agak mengejutkan dia disukai ramai orang.
Kamu tertanya bagaimana jika dia adalah karekter dalam novel saya? Sudah tentu saya akan menyiangnya hidup-hidup dengan pisau... Saya hanya melawak.
2. Apa khabar, Murakami-san. Sudah setahun saya berpisah dengan teman wanita saya tetapi sampai sekarang saya tidak dapat melupakan dia. Apabila saya mengenangkan kembali hubungan kami, saya hanya mengingati saat-saat manis kami. Saya pernah percaya dia adalah satu-satunya untuk saya. Apabila saya minta nasihat dari orang lain, mereka menyuruh saya untuk "teruskan hidup" atau "tunggu sehingga saya dapat melupakan dia." Adakah jalan ketiga yang saya boleh ambil?
- Beg tuala, lelaki, 31 tahun, kerani pejabat
Ray Charles pernah bernyanyi, "Mereka kata masa mengubati hati yang patah / Tetapi masa terhenti sejak kita berpisah." Rasanya tidak ada guna untuk saya menyanyikan "Aku tidak boleh berhenti mencintaiiiiiiii mu" untuk kamu.
Saya faham apa yang kamu sedang lalui. Saya juga pernah melaluinya. Apa yang kamu peduli? Fikirkanlah tentang dia semahu kamu. Tidak kisahlah kalau kamu "kamu hanya dapat memikirkan saat-saat indah kamu bersama dia." Kamu tidak rasa jengkel langsung? Itu perkara yang menakjubkan. Ray Charles pernah bernyanyi bahwa dia "akan hidup dalam mimpi masa lalu." Ia lagu yang sedih . Cuba dengar lagu-lagu Ray Charles dan luangkan masa untuk mengesat air mata kamu. Keadaan akan bertambah baik sedikit masa lagi. Ricky Nelson pernah berkata "air mata hari ini adalah seperti pelangi hari esok." Tetapi kamu mungkin tidak kenal siapa Ricky Nelson.
3. Murakami-san, apa khabar. Memandangkan saya seorang pelajar universiti, saya perlu menulis dengan banyak: repot, presentasi syarahan, e-mel kepada profesor dan sebagainya. Saya bukanlah hebat sangat dalam menulis tetapi jika saya tidak melakukannya, saya tidak akan dapat menamatkan pengajian saya. Saya memang perlu bersusah-payah setiap hari. Bagaimanakah cara untuk melakukannya dengan mudah? Bolehkah kamu beritahu saya jika kamu ada cara tersendiri untuk menulis?
- Sakurai, perempuan, 23 tahun, pelajar universiti
Menulis adalah sama seperti menggoda seorang perempuan. Banyak kesabaran diperlukan tetapi selalunya ia datang secara semulajadi. Apapun, selamat berjaya.
4. Haruki-san, apa khabar. Adakah kamu sihat? Tahun lepas, pakcik saya meninggal dunia dengan tiba-tiba. Dua tahun lepas, makcik saya meninggal dunia akibat barah payudara. Dari hari nenek saya meninggal dunia ketika saya masih kecil, ramai orang yang dekat dengan saya meninggal dunia. Saya faham ia adalah sesuatu yang semulajadi tetapi saya berasa begitu marah apabila saya tahu ibu-bapa saya juga bakal meninggal dunia. Saya masih ingat ketika saya membaca novel kamu untuk pertama kali ketika saya masih ramaja, perasaan saya menjadi tenang - dan saya menangis. Kebelakangan ini, saya selalu membayangkan makcik saya bercakap dan memberi nasihat kepada saya. Justeru itu, saya ada satu soalan: adakah kamu percaya kewujudan syurga? Jika ya, bagaimanakah kamu membayangkan tempat itu? Jika kamu percaya ia tidak wujud, apa yang kamu rasa bakal berlaku kepada roh kita?
- Kambing gurun putih, perempuan, 34 tahun, surirumah
Jawapan saya mungkin mengecewakan kamu tetapi saya mahu "tidur dengan nyenyak selepas mati." Saya tidak perlukan syurga, neraka atau Kyabukara. Saya hanya mahu tidur tanpa sebarang gangguan. Kalau saya dapat makan tiram goreng pun bagus juga.
5. Kehadapan Murakamipsan, terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak soalan saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat menulis dalam bahasa Jepun. Adakah kamu rasa kucing boleh memahami perasaan manusia? Kucing saya yang bernama Bobo lari bila dia melihat saya menangis. Pada masa itu saya merasakan saya ditinggalkan sendirian di dunia ini. Atau adakah kucing sebenarnya tidak peduli langsung? Sekali lagi, terima kasih atas jawapan kamu!
- VVN, perempuan, 30+ tahun (Soalan asal dikemukakan dalam bahasa Inggeris)
Saya rasa samada kamu ataupun kucing kamu merupakan makhluk yang sangat sensitif. Saya ada banyak kucing tetapi tidak ada satupun yang begitu simpatetik. Mereka sangat egoistikal.
6. Murakami-san, apa khabar. Angin bertiup kencang hari ini, bukan? Tetapi langit di Fukuoka kelihatan biru. Ada sesesuatu yang saya ingin tanyakan kepada kamu sejak dari saya sekolah menengah. Ini adalah soalan tersebut: Adakah memang benar pen lebih berkuasa dari pedang?
- Sachiko yang lapar, perempuan, 27 tahun, pekerja biasa
Saya agak terkesima dengan soalan yang begitu terus ini. Adakah pen lebih berkuasa dari pedang? Saya hendak menjawab ya, tetapi pada zaman sekarang agak susah untuk berkata sedemikian. Selain daripada ancaman pengganas, kamu juga akan mendapat tentangan dari internet. Kamu perlu berhati-hati apabila menulis tentang sesuatu. Ketika saya menulis, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk "tidak membiarkan pen terlalu berkuasa." Saya memilih setiap perkataan dengan berhati-hati supaya tidak ramai akan terasa dengan tulisan saya tetapi itu memang agak susah untuk dilakukan. Dengan mengambilkira semua faktor tersebut, saya cuba sedaya upaya saya untuk menulis sesuautu yang tidak mencederakan sesiapa. Ini adalah moral yang perlu diikuti oleh setiap penulis.
Tetapi pada masa yang sama, apabila kamu perlu berperang, kamu juga perlu menyimpan tenaga untuk bertarung. Ia seperti apa yang kamu gunakan untuk mengikat perut kamu. Tetapi ia hanya untuk ketika kamu benar-benar perlu melakukannya. Jika kamu tidak berhati-hati dan membuat pen lebih berkuasa dari pedang, kamu akan membahayakan diri kamu. Itu pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya.
***
Sumber: Vulture