Pena bulu pelepah mungkin bukan alat tulis yang popular di zaman moden ini tetapi ia masih mempunyai tarikannya yang tersendiri. Namun berapa ramai diantara kita yang tahu bagaimana pena bulu pelepah dihasilkan dan persoalan paling utama adalah dimanakah tempat untuk mendapatkan pena bulu pelepah ini? Jika anda bercita-cita untuk menggunakan pena bulu pelepah, anda tidak perlu gusar kerana anda sebenarnya boleh menghasilkannya sendiri.
Berikut adalah langkah-langkahnya.
Barang-barang yang anda perlukan
- Bulu pelepah (bulu pelepah angsa, ayam belanda dan sebagainya)
- Air
- Pasir
- Mangkuk seramik
- Pisau
- Papan memotong
Cara-cara
Langkah pertama: rendamkan hujung bulu pelepah ke dalam air selama dua jam
Langkah kedua: Panaskan pasir menggunakan mangkuk seramik. Kemudian masukkan bulu pelepah ke dalam pasir dan biarkannya selama 10 minit dan biarkan pasir menjadi sejuk dengan sendiri. Ini untuk memudahkah anda menanggalkan kulit luar bulu pelepah dan juga untuk mengeraskannya bagi memudahkan proses memotong.
Langkah ketiga: Buang kesemua bulu pada pelepah dan tinggalkan sedikit bulu pada hujung bulu pelepah sebagai hiasan.
Langkah empat: potong pangkal bulu pelepah lebih kurang ¼ inci.
Langkah kelima: Potong sekali lagi secara menyerong.
Langkah enam: gunakan pisau untuk mencembungkan lubang dakwat pada pelepah. Ini memudahkan pena bulu pelepah untuk berfungsi sebagai tempat menyimpan dakwat bila anda mencelupkannya ke dalam dakwat.
Langkah ketujuh: Potong sekali lagi pangkal pelepah secara menyerong untuk membuat mata pena bulu pelepah.
Langkah kelapan: belah sedikit mata pena pelepah untuk memudahkan dakwat mengalir keluar ketika anda menulis.
Anda juga boleh memotongnya mengikut kreativiti anda dan berdasarkan bagaimana gaya yang anda mahu gunakan untuk menulis.
***
Sumber: Quirk Books