Hadiah Nobel Sastera memang menjadi antara kategori Hadiah Nobel yang menjadi tumpuan setiap tahun. Minggu lalu Bob Dylan diumumkan sebagai penerima Hadiah Nobel Sastera 2016. Namun sejak kebelakangan ini, Hadiah Nobel Sastera sering menimbulkan kejutan kerana memilih penerima yang mungkin tidak disangka-sangka walaupun ada lagi calon lain yang dianggap lebih layak.
Berikut adalah senarai beberapa lagi penulis tersohor yang tidak pernah menerima Hadiah Nobel Sastera.
Leo Tolstoy
Leo Tolstoy disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menerima Hadiah Nobel Sastera pada tahun 1901 tetapi akhirnya hadiah tersebut diberikan kepada Sully Prudhomme. Leo Tolstoy menyatakan beliau bersyukur kerana tidak dipilih. Beliau menyatakan beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan duit hadiah yang akan diterimanya jika beliau dipilih menerima hadiah ini.
James Joyce
Siapa boleh menafikan kehebatan novel-novel tulisan James Joyce terutamanya novel Ulysses. Tetapi agak pelik kerana tiada siapa pernah terfikir untuk mencalonkan beliau untuk Hadiah Nobel Sastera.
Virginia Woolf
Hanya 13 orang penulis wanita pernah menerima Hadiah Nobel Sastera tetapi malangnya penulis modernis yang cukup hebat ini bukan salah seorang daripada mereka.
Jorge Luis Borges
Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa Borges tidak dicalonkan untuk Hadiah Nobel Sastera kerana kecenderungan beliau terhadap diktator-diktator terkenal seperti Pinochet, Franco dan Videla.
Chinua Achebe
Akedemi Swedish sering dikritik kerana sering memilih penulis-penulis dari Eropah. Hanya 4 orang penulis dari Afrika yang pernah menerima Hadiah Nobel Sastera dan sudah tentunya Achebe bukan salah seorang daripada mereka.
Untuk lihat senarai penulis-penulis tersohor lain yang tidak pernah menerima Hadiah Nobel Sastera, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Telegraph