Max Voytenko dari Line Studio telah tampil dengan rekaan rak buku terbaru yang diberi nama Hash. Rak buku ini menampilkan konsep rak buku dengan grafik dan garis-garis pepenjuru. Anda boleh mencipta ruang visual yang dinamik dengan menggunakan rak buku ini bergantung kepada bagaimana anda menyusun aturnya.
Dibuat daripada besi yang dicat dengan warna hitam, rak ini menyimpan buku anda di sebalik bilah-bilah besi nipis yang kelihatan seperti sangkar.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Line Studio