![]() |
Membaca memang mempunyai pelbagai manafaat. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh sukarelawan dari Mindlab International di Universiti Sussex menunjukkan bahawa membaca boleh mengurangkan tekanan. Ahli psikologi percaya bahawa ia dapat mengurangkan tekanan kerana otak manusia perlu menumpukan sepenuh perhatian ketika membaca.
Menurut pakar psikologi saraf kognitif, Dr David Lewis, membaca dapat mengurangkan tahap tekanan sebanyak 68 peratus berbanding mendengar muzik (61 peratus) dan bersiar-siar (42 peratus).
Dr Lewis menyatakan membaca buku adalah bentuk rehat yang paling ideal. Tidak kisah buku apa yang anda baca, selagi anda dapat menghilangkan diri anda dalam cerita yang anda baca, anda akan dapat melupakan tekanan yang hadapi dalam kehidupan seharian.
Jadi apa tunggu lagi? Ayuh membaca!
***
Sumber: Telegraph