Membaca buku sepanjang masa mungkin satu perkara yang meletihkan. Setiap daripada kita juga perlukan aktiviti-aktiviti sebagai riadah yang dilakukakan pada masa-masa senggang. Untuk penggemar buku, salah satu aktiviti yang mungkin boleh dicuba adalah membuat kraftangan sulaman gelung petikan-petikan buku pilihan. Untuk membuat sulaman gelung ini bukanlah satu perkara yang sukar dan tidak memerlukan belanja yang banyak.
Untuk sesiapa yang ingin mencuba, disertakan dibawah langkah-langkah untuk membuat kraftangan sulaman gelung. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Kain (dicadangkan menggunakan kain berwarna cerah)
- Kain lapik belakang (dicadangkan menggunakan kain linen berwarna putih)
- Jarum sulaman
- Benang sulaman
- Gunting
- Gelung sulaman
- Pen Marker (jika perlu)
- Pensil dan kertas (jika perlu)
- Pin (jika perlu)
Langkah-langkah
1. Pilih petikan buku yang anda mahu. Untuk kali ini, kita menggunakan petikan "Never Trust Anyone Who Has Not Brought A Good Book With Them" dari buku A Series Of Unfortunate Events tulisan Lemony Snicket.
2. Lakar bentuk gelung anda pada sekeping kertas supaya anda boleh menentukan posisi sulaman petikan buku anda didalam gelung.
3. Tentukan berapa banyak kain sulaman depan dan kain lapik belakang yang anda mahu gunakan dan ia terpulang kepada kehendak anda sendiri dan seterika kain tersebut supaya ianya nampak kemas.
4. Tekapkan kertas yang sudah ditulis dengan petikan buku yang anda pilih bersama dengan kain-kain yang dgunakan untuk sulaman pada cermin tingkap (lihat contoh gambar diatas) untuk menentukan posisi kain dan petikan yang ditulis pada kertas adalah sama). Anda kemudian boleh melakar petikan buku pada kain yang digunakan untuk menyulam.
5. Letakkan kain kedalam gelung sementara atau jika anda mahu gelung yang anda ingin gunakan untuk sulaman. Pastikan anda menggunakan kain lapik belakang untuk menstabilkan posisi kain sulaman didalam gelung.
6. Ambil benang sulaman yang akan digunakan untuk menyulam dan potong benang mengikut panjang yang anda perlu (dalam contoh ini panjang benang yang digunakan adalah sepanjang 18 inci). Ketebalan benang adalah bergantung kepada bentuk dan ketebalan sulaman yang anda mahu. Jika anda mahu sulaman yang tidak nampak terlalu ketara, anda boleh memilih benang yang nipis dan tidak berapa tebal.
7. Anda boleh mula menyulam. Pelbagai teknik sulaman boleh digunakan bergantung kepada kemahiran anda. Anda juga boleh mempelajari teknik-teknik sulaman yang boleh dijumpai di laman-laman sesawang di internet.
8. Hasil sulaman yang sudah siap disulam ke kain sulaman.
9. Jika anda menggunakan gelung sementara, anda boleh pindahkan kain sulaman yang sudah siap ke gelung yang anda ingin gunakan.
10. Anda boleh memotong kain lebihan disekitar gelung menggunakan gunting. Jika anda berhasrat untuk menggunakan gelung yang sama untuk sulaman lain dimasa hadapan, anda boleh juga melipat kain tersebut kebelakang gelung dan disematkan dengan pin.
11. Hasil kraftangan sulaman gelung yang telah siap. Anda boleh meletakkannya di mana-mana tempat kesukaan anda.
***
Sumber: Quirk Books